Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi Siri 3

RM7.00

Dalam Siri 1 dan Siri 2 kursus Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi telah dibincangkan tentang kefahaman asas dan penetapan iqtiqad dalam mengamalkan Ruqyah Syariah. Kini kita teruskan pembelajaran dengan membincangkan ayat-ayat ruqyah. Sebagai permulaan untuk kita mengamalkan ilmu Ruqyah Syariah, sebaiknya kita amalkan ayat-ayat untuk membina diri kita. Ayat-ayat membina diri bukanlah ayat yang menjadikan kita hebat atau gagah perkasa, tetapi ianya merupakan ayat-ayat yang menjadi hakikat penciptaan manusia oleh Allah swt. Maksudnya ayat-ayat ini sebenarnya diamalkan supaya kita dapat kembali kepada fitrah kejadian manusia itu. Amalan ayat-ayat membina diri ini, sebaiknya dibuat selepas solat subuh atau di awal pagi, agar perjalanan hidup kita pada hari itu seiring dengan tujuan Allah menciptakan kita.

Description

Sebagai permulaan untuk kita mengamalkan ilmu Ruqyah Syariah, sebaiknya kita amalkan ayat-ayat untuk membina diri kita. Ayat-ayat membina diri bukanlah ayat yang menjadikan kita hebat atau gagah perkasa, tetapi ianya merupakan ayat-ayat yang menjadi hakikat penciptaan manusia oleh Allah swt. Maksudnya ayat-ayat ini sebenarnya diamalkan supaya kita dapat kembali kepada fitrah kejadian manusia itu.

Sebagai analogi untuk membantu kefahaman kita, kita lihat bahawa setiap organisasi mempunyai misi yang perlu disokong oleh setiap unit/jabatan di bawahnya dan misi ini perlu pula disokong oleh setiap anggota di dalam unit/jabatan itu. Sekiranya misi anggota dan unit/jabatan bercanggah dgn misi organisasi, maka akan gagal organisasi itu.

Allah mempunyai misi dan tujuan mencipta manusia. Sekiranya manusia tidak mengikuti misi penciptaan mereka, maka akan musnahlah kehidupan manusia itu dan terjadilah pelbagai permasalahan.

Berikut adalah misi Allah menciptakan kita, yang juga merupakan hakikat penciptaan manusia:
1) Manusia sebagai khalifah (wakil pentadbir) muka bumi: Surah al- Baqarah ayat 30
2) Manusia adalah sebaik-baik kejadian: Surah at-Tin ayat 4
3) Tugas manusia ialah memastikan semua makhluk menghambakan diri kepada Allah: Surah az-Zariyat ayat 56
4) Manusia mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah: Surah al-Isra ayat 70

Sebelum kita meruqyah melawan musuh kita yakni iblis dan bala tenteranya, adalah sangat penting utk kita mengamalkan ayat-ayat membina diri ini agar kita mempunyai asas yang kukuh dan mampu menghadapi tipu daya serta serangan balas mereka kelak.

 

Amalan ayat-ayat membina diri ini, sebaiknya dibuat selepas solat subuh atau di awal pagi, agar perjalanan hidup kita pada hari itu seiring dengan tujuan Allah menciptakan kita.

Vendor Information

  • Store Name: Pembangunan Insan
  • Vendor: Pembangunan Insan .com
  • Address: Saujana Impian
    Kajang
    43000
  • No ratings found yet!
Mesej Sekarang...
Perlu Hubungi Admin NakJugak?
Salam. Boleh kami bantu? Hantarkan mesej kepada kami, inshaAllah kami cuba jawab secepat mungkin nanti ya.