Description
Kursus ini merupakan siri pertama dalam lima siri kursus Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi. Ianya perlu diambil oleh pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke siri yang kedua.
Daripada sudut bahasa, ruqyah bermaksud bacaan. Maka Ruqyah Syariah merujuk kepada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw. Ianya BUKAN lah suatu ilmu peringkat tinggi yang khusus untuk dimiliki oleh golongan asatizah atau perawat sahaja. Ruqyah Syariah perlu diamalkan oleh setiap golongan orang Islam bagi mencari rahmat Allah untuk melindungi dan merawat diri sendiri, keluarga serta insan lain, dengan izin Allah swt. Mereka yang mengalami masalah dan ujian berat di dalam kehidupan, sangat-sangat perlu untuk mempelajari ilmu Ruqyah Syariah.
Kursus ini merangkumi 4 tajuk berikut:
1) Asas – Sebab utama yang membuatkan kita perlu mempelajari ilmu Ruqyah Syariah
2) Iqtiqad – Penetapan hati kita dalam mengamalkan Ruqyah Syariah
3) Ikhlas – Tahap keikhlasan kita dalam beramal
4) Ayat Al-Quran dan zikir – Bagi menetapkan iqtiqad kita dalam beramal
Kursus ini menggunakan kaedah berikut:
1) Video yang menerangkan tentang keseluruhan 4 tajuk di atas
2) Nota
3) Ujian
- Bagi memastikan kefahaman pelajar
- Bagi membolehkan pelajar mendapat Certificate of Completion, yang seterusnya membolehkan pelajar meneruskan pelajaran ke Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi Siri 2