Rawatan Ruqyah Syariah

RM10.00

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan kaedah ruqyah syariah iaitu pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir, santau dan saka.

Description

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan kaedah ruqyah syariah iaitu pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir, santau dan saka. Untuk lebih lagi membantu pesakit-pesakit, kami turut mengadakan Kursus Rawatan Islam bagi mereka yang ingin merawat diri sendiri dan keluarga dengan amalan ruqyah syariah. Walaupun Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi terletak di Kajang, kami turut memberikan perkhidmatan rawatan Islam di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Serdang, Puchong, Cheras, Bangi, Semenyih dan Seremban. Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi Cawangan Ipoh memberikan perkhidmatan kepada mereka yang berada di Ipoh dan seluruh Perak. Sekiranya ada keperluan pesakit dan keizinan Allah, kami merawat di mana-mana sahaja di atas bumi Allah ini.

 

Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan islam atau pengubatan islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, sila Hubungi Kami (sila tekan sini). Seandainya pesakit tidak mampu untuk bertemu kami, bolehlah berikhtiar dengan mendengar bacaan Ruqyah Online Isnad Tadawi (sila tekan sini).

 

Untuk lebih memahami tentang Rawatan Islam, sila rujuk Soal Jawab Rawatan Islam (sila tekan sini).

 

Menyedari bahawa cara berubat yang terbaik adalah dengan amalan diri sendiri, maka kami menyediakan kelas secara online dan sistematik. Allah menguji kita untuk menjemput kita dekat kepadaNya. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, sebenarnya Allah ingin meningkatkan darjat kita di sisiNya. Maka untuk mencapai objektif Allah menguji kita, kita perlu meningkatkan ilmu serta amalan kita. Sila rujuk Kursus Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi (sila tekan sini).

 

Sebelum berubat dengan mana-mana perawat, sebaiknya kenalilah dahulu latarbelakang perawat. Maka jika ingin berubat di Isnad Tadawi, sila rujuk Profile Perawat Isnad Tadawi (sila tekan sini).

 

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi memperjuangkan dan mengamalkan Rawatan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sentiasa berusaha untuk mengajak para orang ramai agar menjauhi kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut syariah agar dapat mengelakkan daripada perbuatan syirik kepada Allah. Untuk mengetahui kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut hukum syarak dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah, sila rujuk Tips Untuk Mengenali Perawat Yang Didampingi Jin (sila tekan sini).

 

Vendor Information

  • Store Name: Isnad Tadawi
  • Vendor: Isnad Tadawi
  • Address: Prima Saujana
    Kajang
    Selangor
    43000
  • No ratings found yet!
Mesej Sekarang...
Perlu Hubungi Admin NakJugak?
Salam. Boleh kami bantu? Hantarkan mesej kepada kami, inshaAllah kami cuba jawab secepat mungkin nanti ya.