Membina Sistem Agen (Affiliate Marketing)

RM420.00

Secara amnya, mempunyai strategi pemasaran yang berkesan sangat penting untuk keseluruhan kejayaan sesebuah perniagaan. Pemilik Kedai Online masih merasakan cabaran terbesar mereka adalah menghasilkan trafik pelanggan ke kedai mereka. Untuk mengatasi hal ini, salah satu kaedah yang semakin popular untuk mendatangkan trafik adalah dengan membina agen-agen jualan dengan menggunakan teknik Affiliate Marketing bagi memperkuatkan lagi keupayaan jualan. Dengan sistem Affiliate Marketing ini agen-agen jualan dapat diuruskan dengan mudah dan tugas mereka juga adalah tidak rumit, iaitu mereka hanya perlu mempromosikan link produk-produk pemilik Kedai Online.

 

Siapa yang perlukan sistem Affiliate Marketing?

Mana-mana pemilik Kedai Online samada

  • Founder
  • Stokis
  • Distributor
  • Sales Leader
  • Agen Produk

 

Apakah sistem Affiliate Marketing & mengapa anda perlukannya?

*Sila rujuk jawapan terperinci di ruangan Description di bawah*

Description

Secara amnya, mempunyai strategi pemasaran yang berkesan sangat penting untuk keseluruhan kejayaan sesebuah perniagaan. Pemilik Kedai Online masih merasakan cabaran terbesar mereka adalah menghasilkan trafik pelanggan ke kedai mereka. Untuk mengatasi hal ini, salah satu kaedah yang semakin popular untuk mendatangkan trafik adalah dengan membina agen-agen jualan dengan menggunakan teknik Affiliate Marketing bagi memperkuatkan lagi keupayaan jualan. Dengan sistem Affiliate Marketing ini agen-agen jualan dapat diuruskan dengan mudah dan tugas mereka juga adalah tidak rumit, iaitu mereka hanya perlu mempromosikan link produk-produk pemilik Kedai Online.

 

Siapa yang perlukan sistem Affiliate Marketing?

Mana-mana pemilik Kedai Online samada

  • Founder
  • Stokis
  • Distributor
  • Sales Leader
  • Agen Produk

 

Apa itu sistem Affiliate Marketing?

Ia melibatkan seorang agen jualan mendaftar ke program Affiliate Marketing yang ditawarkan oleh pemilik Kedai Online untuk mempromosikan dan menjual produk-produk kedai tersebut. Agen jualan ini mempromosikan produk atau perkhidmatan menggunakan link URL unik yang membawa prospek ke Kedai Online. Sekiranya prospek ini membeli produk di Kedai Online tersebut, agen jualan ini akan dibayar komisen berdasarkan peratusan daripada harga penjualan produk.

 

Bagaimana Program Affiliate ini berfungsi?

Program Affiliate mengendalikan perniagaan agen jualan dengan mengesan agen jualan mana yang merujuk pelanggan ke Kedai Online, dan memberi ganjaran kepada agen jualan dengan komisen tertentu berdasarkan apa yang dibeli oleh pelanggan.

Agen jualan menggunakan alamat pautan ataupun URL untuk mempromosikan produk di Kedai Online. Agen jualan ini dikesan kerana ID mereka dilampirkan bersama alamat URL tadi. Oleh itu sistem dapat mengesan pautan agen jualan mana yang membawa pelanggan ke Kedai Online. Sekiranya pelanggan selesai membuat pembelian, semua transaksi akan direkod dan agen jualan akan diberikan komisen.

 

Mengapa perlukan sistem Affiliate Marketing?

Terdapat 10 sebab utama mengapa Affiliate Marketing adalah kaedah yang terbaik untuk mengembangkan  brand dan jualan sesebuah Kedai Online:

(1) Mengawal kos pemasaran dengan lebih baik

Dengan iklan pay-per-click (seperti Google Ads, Facebook Ads), anda dikenakan bayaran oleh pihak pengiklanan pada setiap klik atau prospek yang dihantar ke Kedai Online anda. Prospek ini kemudiannya harus ditukar menjadi pelanggan berbayar. Tetapi pada tahap ini, tidak ada jaminan yang prospek itu akan menjadi pelanggan berbayar. Dengan Affiliate Marketing anda hanya membayar kepada pengiklan (iaitu agen jualan) ketika pembelian telah dilakukan oleh prospek itu. Ini memastikan  anda dapat mengawal kos pemasaran anda dengan tanpa perlu membayar untuk sesuatu yang belum pasti membawa keuntungan.

(2) Risiko rendah

Membayar kos pemasaran berdasarkan setiap jualan dan bukan untuk setiap klik menjadikan Affiliate Marketing suatu kaedah pemasaran berisiko rendah.

(3) Kos permulaan rendah

Memulakan program Affiliate Marketing memerlukan pelaburan yang minimum jika dibandingkan dengan membeli iklan atau menggunakan kakitangan jualan. Yang lebih penting juga, kos membuat program Affiliate Marketing hanyalah sekali atau one-time-charge sahaja.

(4) Tingkatkan brand awareness

Affiliate Marketing membolehkan Kedai Online meningkatkan kesedaran brand mereka dengan meningkatkan pendedahan kepada kelompok masyarakat baru yang mungkin belum pernah mendengar tentang brand mereka, kerana agen jualan boleh datang dari pelbagai latarbelakang dan lokasi.

(5) Penjimatan masa untuk pemasaran

Pemasaran adalah salah satu aspek terpenting dalam perniagaan anda, namun prosesnya boleh mengambil masa yang sangat panjang. Sekiranya anda tidak mempunyai pasukan yang besar untuk menguruskan jualan anda, ini dapat menghalang anda dari proses pengembangan perniagaan. Dengan meletakkan tugas pemasaran di tangan agen jualan Affiliate Marketing dapat membebaskan sebahagian masa anda untuk memberi tumpuan kepada perkara lain.

(6) Menjalin perkongsian yang berharga

Sekiranya anda bersedia memberi mereka sedikit masa untuk membina kepercayaan agen jualan Affiliate Marketing anda, mereka akan membawa pulangan berkali-kali ganda dengan memberi pendedahan yang diperlukan oleh Kedai Online anda.

(7) Bina perniagaan anda

Sekiranya anda baru memulakan perniagaan atau ingin membesarkan perniagaan yang masih kecil, Affiliate Marketing membolehkan anda untuk meningkatkan perniagaan anda dengan pantas dan dengan kos minimum. Anda boleh menguji produk dan pasaran baru melalui agen jualan anda. Sebenarnya, 99% orang memulakan perniagaan mereka menggunakan konsep Affiliate Marketing samada secara bersistem menggunakan internet ataupun Affiliate Marketing secara tradisional.

(8) Pelanggan membeli daripada orang yang mereka percayai

Pelanggan mempercayai saranan seseorang atau influencer yang mereka kenali. Agen jualan Affiliate Marketing yang mempromosikan produk anda kepada masyarakat yang sudah mempercayai mereka,  sudah tentu membuka peluang untuk membuat jualan (close sale) dengan lebih cepat dan efektif.

(9) Keadaan ekonomi semasa

Dengan masalah ekonomi dan peningkatan kos sara hidup, ramai yang ingin berusaha menambahkan pendapatan. Program Affiliate Marketing dapat membantu mereka yang terkesan dengan keadaan ini. Mereka boleh memulakan perniagaan sendiri berdasarkan program Affiliate Marketing.

(10) Zero kos untuk memulakan perniagaan berdasarkan Affiliate Marketing

Kebanyakan peluang perniagaan samada menjadi dropshipper, agen berstock minima, stokis atau distributor memerlukan kos pelaburan daripada rendah hinggalah tinggi. Dengan mendaftar di dalam Program Affiliate Marketing, seseorang individu boleh memulakan perniagaan dengan tanpa sebarang kos. Ini juga membawa kelebihan kepada pihak Kedai Online kerana mereka boleh memiliki sangat ramai agen jualan tanpa had.

You may also like…