Jom Tambah Rezeki Bersama NakJugak

Jangan Biarkan Masalah Kekeringan Kewangan

Membawa Kekusutan Kehidupan

 

Kami memahami masalah anda apabila ingin berniaga.
Antara kekangan utama untuk memulakan perniagaan adalah:

 Penyediaan modal yang diperlukan dan ketidakpastian jumlah sebenar modal kerana takut ada kos tersembunyi.
 Mengenalpasti produk yang hendak dijual kerana permintaan pasaran tidak menentu menyebabkan produk yang laku pada hari ini boleh jadi tidak diingini lagi pada esok hari. Apabila telah komit kepada sesuatu produk, perlu teruskan walaupun permintaan telah berkurangan kerana modal telah dikeluarkan untuk produk itu.
 Mencari pembekal produk yang diyakini.
 Tidak tahu bagaimana hendak memulakan langkah pertama berniaga.
 Kurang ilmu untuk menggunakan media sosial bagi tujuan berniaga seperti membuat copywriting, sponsored ads dan market targetting.

 

Semua Orang Ada Sebab Tersendiri Untuk Berniaga 

Sekiranya anda mencari salah satu daripada perkara di atas, sila teruskan membaca di bawah

 

Bagaimana NakJugak Dapat Membantu?

NakJugak mengatasi kekangan anda untuk berniaga dengan:

♦ Menyediakan peluang perniagaan dengan modal sebanyak RM0. Ya, perniagaan tanpa modal.

♦ Menyediakan pelbagai jenis produk dari pelbagai kategori, dan tidak terikat dengan mana-mana produk.

♦ Memastikan semua produk hanya dibekalkan oleh pembekal yang berintegriti sahaja.

♦ Menyediakan platform berniaga yang mudah, penuh automasi dan boleh terus digunakan tanpa memerlukan latihan teknikal.

♦ Menyedikan program latihan pemasaran samada secara fizikal atau online, serta bahan-bahan pengiklanan yang boleh digunakan secara copy and paste sahaja.

 

Unjuran Pendapatan Rakaniaga NakJugak

Mereka yang berniaga bersama-sama NakJugak dipanggil Rakaniaga. Berikut adalah unjuran pendapatan bagi Rakaniaga yang menjalankan perniagaan secara Part Time dan Full Time.

♦ Harga produk = RM300 seunit

♦ Komisen kepada Rakaniaga ialah 5% = RM300 seunit x 5% = RM15 seunit

♦ Bagi Part Time, jualan sehari ialah 3 unit, iaitu komisen sehari = RM15 seunit x 3 unit = RM45 sehari

Bagi Part Time, jumlah komisen sebulan = RM45 sehari x 30 hari = RM1,350 sebulan

Bagi Full Time, jualan sehari ialah 10 unit, iaitu komisen sehari = RM15 seunit x 10 unit = RM150 sehari

Bagi Full Time, jumlah komisen sebulan = RM150 sehari x 30 hari = RM4,500 sebulan

*Nota: Harga produk dan nilai komisen di atas adalah contoh berdasarkan salah satu produk yang ditawarkan oleh NakJugak iaitu perkhidmatan Pembangunan Kedai Online (Klik Di Sini Untuk Melihat Produk Tersebut). Produk utama NakJugak adalah berkaitan perkhidmatan perniagaan digital, produk-produk kesihatan, kecantikan dan makanan. Kesemuanya mempunyai golongan sasaran yang tersendiri. Untuk melihat kesemua produk lain sila klik link ini.

 

Apa Itu NakJugak?

NakJugak adalah suatu platform eBusiness untuk mereka yang ingin berusaha menambah rezeki. Sesiapa sahaja yang mahu menambah pendapatan samada secara separuh atau sepenuh masa dijemput menjadi agen yang dipanggil Rakaniaga NakJugak.

 

Kenapa Namanya NakJugak?

Nama “NakJugak” berserta slogan “Anda Pun Perlukannya” dipilih kerana ia akan menjadi tagline utama dalam menarik prospek untuk membeli. Ianya seolah-olah memberitahu prospek bahawa mereka tidak mahu ketinggalan untuk memiliki sesuatu produk itu

 

Business Model NakJugak

NakJugak menggunakan model perniagaan secara Affiliate Marketing

Affiliate Marketing ialah program di mana Rakaniaga (iaitu agen jualan di bawah program Affiliate Marketing) mempromosikan link produk-produk yang terdapat di kedai online NakJugak, ke media sosial milik mereka seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Link ini adalah link yang istimewa. Secara automatik link ini memberitahu sistem bahawa sebarang pembelian yang dibuat melalui pautan link ini, akan dikreditkan kepada Rakaniaga yang berkenaan.  Apabila terdapat kenalan Rakaniaga yang klik link tersebut, kenalan itu akan dibawa ke kedai online NakJugak. Apabila kenalan ini membuat pesanan dan bayaran untuk mana-mana produk, produk yang dibeli akan dihantar terus ke alamat kenalan yang membeli tersebut. Harga jualan produk adalah harga yang ditetapkan oleh NakJugak. Rakaniaga akan mendapat komisen hasil pembelian tersebut secara automatik. Keuntungan Rakaniaga adalah sepenuhnya berdasarkan komisen. 

Bagaimana Program Affiliate ini berfungsi?

Program Affiliate mengendalikan perniagaan Rakaniaga dengan mengesan Rakaniaga mana yang merujuk pelanggan ke laman web NakJugak, dan memberi ganjaran kepada Rakaniaga dengan komisen tertentu berdasarkan apa yang dibeli oleh pelanggan.

Rakaniaga menggunakan alamat pautan ataupun URL untuk mempromosikan laman web atau produk NakJugak. Rakaniaga ini dikesan kerana ID mereka dilampirkan bersama alamat URL tadi. Oleh itu sistem dapat mengesan pautan Rakaniaga mana yang membawa pelanggan ke laman web NakJugak. Sekiranya pelanggan selesai membuat pembelian, semua transaksi akan direkod dan Rakaniaga akan diberikan komisen.

 

Kelebihan Berniaga Mengunakan Model Affiliate Marketing

10 Perkara  Yang TIDAK Perlu Dibuat Untuk Berniaga:

Tidak perlu kos untuk berniaga atau mengeluarkan produk

Tidak perlu perlesenan untuk berniaga kecuali SSM

Tidak perlu komit atau terikat dengan mana-mana produk

Tidak memerlukan pengalaman meluas bidang jualan

Tidak perlu membina katalog produk dan menyimpan stok

Tidak perlu mengambil order

Tidak perlu memproses bayaran pembeli

Tidak perlu membuat kiriman dan penghantaran

Tidak perlu ganggu atau tinggalkan kerjaya yang sediada

Tidak perlu ganggu ketenangan kawan-kawan sekeliling

Hanya SATU Perkara Yang Perlu Dibuat Untuk Berniaga:

✅ Post Link Produk Di Semua Media Sosial Milik Anda

 
 

Progam Pembangunan Rakaniaga NakJugak

Mereka yang menjadi Rakaniaga NakJugak akan diberikan latihan dan bimbingan sehingga berjaya, InshaAllah.

Bagi memastikan kejayaan kesemua Rakaniaga, NakJugak mengambil inisiatif untuk memberi personal coaching secara percuma samada melalui online ataupun secara bersemuka. Bermaksud latihan yang diberikan adalah secara individu kepada Rakaniaga dan bukan di dalam kumpulan. Latihan merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:

✅  Kaedah membuat promosi di Facebook, Instagram dan Whatsapp

✅  Kaedah membuat pemasaran dan Sponsored Ads yang efektif di Facebook dan Instagram

✅  Kaedah memulakan dan menguruskan kedai Shopee

✅  Kaedah membuat pemasaran dan Sponsored Ads yang efektif di Shopee

 
 
 

Siapa NakJugak?

NakJugak dijalankan oleh Nak Jugak Resources (SSM: 003094833-T) sebuah perniagaan di bawah kumpulan Isnad Tadawi Resources. Keuntungan daripada NakJugak adalah untuk menampung kesinambungan operasi dakwah Isnad Tadawi dalam misi Menjana Ummah.

 

Oleh Itu

Tidak Perlu Berlengah Lagi

Bertindak Sekarang

 

Daftar Sebagai

Rakaniaga NakJugak

Upload