Jadi Pembekal Kepada NakJugak

Mesej ini adalah kepada sesiapa sahaja yang mempunyai produk

samada Founder, Stokis, Distributor, Sales Leader atau Agen Jualan

Kami Memahami Masalah Anda Dalam Memasarkan Produk

Antara kekangan utama untuk meningkatkan jualan adalah:

Kesukaran dalam mencari team atau agen jualan yang berkualiti.
Kos yang tinggi dalam membina team atau agen jualan.
Memerlukan usaha dan kos tinggi dalam melatih dan memotivasikan team atau agen jualan.
Team atau agen jualan tidak setia dan beralih kepada produk atau perniagaan lain.
Kesukaran untuk merekod performance team atau agen jualan .

 

Bagaimana NakJugak Dapat Membantu?

NakJugak mengatasi kekangan di atas dengan:

✅ Menyediakan team jualan.

✅ Menanggung semua kos mencari, menapis dan memilih team jualan.

✅ Memberi latihan dan motivasi kepada team jualan.

✅ Memastikan team atau agen jualan untuk terus setia dan tidak beralih kepada produk atau perniagaan lain.

✅ Merekodkan performance team atau agen jualan termasuk daripada sudut sales dan komisen.

 

Unjuran Keuntungan Pembekal NakJugak

Mereka yang menjual produk melalui NakJugak dipanggil Pembekal. Berikut adalah unjuran pendapatan bagi Pembekal:

Harga produk = RM100 seunit

Keuntungan kasar setiap produk ialah 30% = RM100 seunit x 30% = RM30 seunit

Komisen kepada NakJugak ialah 60% daripada keuntungan kasar = RM30 seunit x 60% = RM18 seunit

Keuntungan kasar pembekal bagi setiap produk tolak komisen NakJugak = RM30 seunit – RM18 seunit = RM12 seunit

Saiz sasaran team jualan NakJugak = 1,000 orang

Team jualan yang membuat jualan sehari ialah 20% = 1,000 orang x 20% = 200 orang sehari

Jualan 1 unit sehari oleh 200 orang = RM100 seunit x 200 unit = RM20,000 sehari

Keuntungan kasar pembekal tolak komisen NakJugak untuk sehari = RM12 seunit x 200 unit = RM2,400 sehari

Keuntungan kasar pembekal tolak komisen NakJugak untuk sebulan = RM2,400 sehari x 30 hari = RM72,000 sebulan

*Nota: Harga produk dan nilai komisen di atas adalah contoh sahaja. Nilai sebenar adalah berdasarkan jumlah yang dicadang oleh Pembekal kepada NakJugak

 

Apa Itu NakJugak?

NakJugak adalah suatu platform eBusiness untuk mereka yang ingin berusaha menambah rezeki. Sesiapa sahaja yang mahu menambah pendapatan samada secara separuh atau sepenuh masa dijemput menjadi Rakaniaga NakJugak. Mereka ini menjadi team jualan yang menjual produk-produk yang terdapat di NakJugak.

Dengan menjadi Pembekal produk kepada NakJugak, anda sebenarnya dapat membina satu Sales Channel atau team jualan baru. Secara automatik, keseluruhan team jualan anda bertambah kerana kesemua Rakaniaga NakJugak telah menjadi Sales Team yang baru untuk anda. InshaAllah ini akan meningkatkan jualan produk anda. Yang bagusnya juga, anda tidak perlu pening kepala menguruskan dan memotivasikan Sales Team baru ni, kerana mereka semua diuruskan oleh pihak NakJugak. Pihak NakJugak mengunjurkan untuk mempunyai seramai 1,000 Rakaniaga pada penghujung 2020 inshaAllah.

 

Kenapa Namanya NakJugak?

Nama “NakJugak” berserta slogan “Anda Pun Perlukannya” dipilih kerana ia akan menjadi tagline utama dalam menarik prospek untuk membeli. Ianya seolah-olah memberitahu prospek bahawa mereka tidak mahu ketinggalan untuk memiliki sesuatu produk itu

 

Business Model NakJugak

NakJugak menggunakan model perniagaan secara Affiliate Marketing dan agen jualan di bawah program Affiliate Marketing ini dipanggil Rakaniaga .

Di dalam model ini Pembekal adalah pihak yang mengeluarkan atau memiliki stok produk. Rakaniaga adalah pihak yang menjual atau berhubung secara terus dengan Pelanggan. Pihak NakJugak bertanggungjawab menyediakan platform jual-beli dan membangunkan serta memantau pihak Rakaniaga.

Rakaniaga hanya berhubung dengan pihak NakJugak dan Pelanggan. Pihak NakJugak pula berhubung dengan pihak Pembekal tentang stok, pembelian dan pembayaran. Pihak Pembekal bertanggungjawab memaklumkan semua maklumat produk dan penghantaran kepada pihak NakJugak. Pihak Pembekal juga bertanggungjawab membuat penghantaran produk terus kepada Pelanggan.

 

Yuran Menjadi Pembekal NakJugak

Tidak ada yuran untuk menjadi Pembekal. Pihak Pembekal hanya perlu mengisi borang online dan komited dalam memberi maklumat berkaitan produk kepada NakJugak dan juga komited dalam memastikan produk yang dibeli dihantar dengan sebaik-baiknya. Pihak Pembekal juga perlu memaklumkan kepada NakJugak jumlah komisen jualan setiap produk. Di samping itu, pihak Pembekal tidak mengenakan sebarang yuran kepada NakJugak sebagai wakil jualan.

 

Siapa NakJugak?

NakJugak dijalankan oleh Nak Jugak Resources (SSM: 003094833-T) sebuah perniagaan di bawah kumpulan Isnad Tadawi Resources. Keuntungan daripada NakJugak adalah untuk menampung kesinambungan operasi dakwah Isnad Tadawi dalam misi Menjana Ummah.

 

Daftar Sebagai

Pembekal NakJugak