Daftar Bisnes Di NakJugak

 

✅ Setiap perniagaan perlu mempelbagaikan sales channel mereka. Memandangkan mendaftar di NakJugak adalah percuma dan tiada sebarang ikatan kontrak, maka menambah sales channel melalui NakJugak tidak mempunyai risiko.

✅ NakJugak bukanlah seperti Marketplace utama yang ada di pasaran (contoh Shopee, Lazada). Di Marketplace utama, peniaga sangat terikat kepada syarat-syarat pemilik Marketplace seperti syarat penghantaran, komisen, kuota jualan dan banyak lagi.

✅ Di NakJugak, setiap perniagaan mempunyai kedai online sendiri dengan alamat sub-domain sendiri iaitu https://nakjugak.com/store/nama-perniagaan  . Dengan mempunyai alamat sub-domain sendiri, anda mampu untuk membina branding perniagaan anda. Untuk melihat contoh, sila tekan link ini https://nakjugak.com/store/isnad-tadawi/ .  Memasukkan info perniagaan dan produk ke dalam kedai online ini adalah mudah seperti di dalam Marketplace utama. Perniagaan boleh mempromosikan alamat kedai online ini di namecard atau banner perniagaan. Anda boleh juga mempromosikan link produk anda di media sosial dengan hanya copy & paste link produk di kedai online tersebut.

✅ Di NakJugak, setiap produk tidak mempunyai button “Add To Cart” atau “Checkout” melalui payment gateway. Nampak seperti suatu kelemahan, tetapi kami sengaja membuat begini kerana memahami ramai prospek atau pelanggan lebih suka berinteraksi dengan penjual sebelum membuat pembelian. Mereka suka berbincang dengan penjual tentang produk, harga dan penghantaran. Oleh itu kami, telah menggantikan button “Add To Cart” atau “Checkout” kepada button “Order On Whatsapp”. Ini membolehkan prospek atau pelanggan terus menghubungi anda dengan mesej automatik yang menunjukkan nama produk yang mereka inginkan. Selepas itu, anda bolehlah berurusan secara terus dengan mereka tanpa melalui kami lagi.

✅ Untuk membantu kejayaan perniagaan anda, pihak kami akan turut mempromosikan website dan produk perniagaan anda di media-media sosial milik kami