Cara Untuk Daftar Sendiri

 

✅ Tekan menu “Login / Register” atau tekan sini.

✅ Anda akan mendapat screen “My Account” dengan bahagian “Login” (untuk kegunaan peniaga yang sudah berdaftar) dan bahagian “Register” seperti gambar di bawah. Pilh bahagian “Register”, dan teruskan untuk pilih “I am a vendor”.

✅ Isikan semua maklumat. dengan betul Yang penting pilih nama “Shop Name” yang terbaik kerana ia akan menjadi alamat URL kedai anda.

✅ Sangat penting untuk meletakkan angka “6” di permulaan no telefon kerana ia membolehkan Whatsapp dihantar ke telefon anda.

✅ Selepas mendaftar anda dibawa ke “Dashboard”, seperti gambar di bawah:

✅ Di “Dashboard”, anda perlu pergi ke tab “Setting” untuk meletakkan image Banner dan Logo sebagai identiti kedai online anda. Size image untuk Banner yang dicadangkan ialah 1063 x 638 pixel. Size image untuk Logo yang dicadangkan ialah 250 x 250 pixel. Sekiranya tiada logo, boleh gunakan gambar pemilik perniagaan sebagai logo. 

✅ Untuk meletakkan produk, sila gunakan tab “Product”. Masukkan nama produk, category yang bersesuaian dengan produk anda, keterangan produk dan image produk (saiz yang dicadangkan ialah 500 x 500 pixel). Harga perlu diletakkan di ruangan Price supaya button “Order On Whatsapp” akan muncul kepada pembeli. Jika harga mempunyai banyak variasi, letakkan harga terendah di ruangan Price, dan kemudiannya letakkan senarai harga penuh dalam keterangan produk. Setiap produk yang diletakkan oleh anda akan berstatus pending sehingga diluluskan oleh admin. Ini bermaksud produk akan hanya muncul di website setelah diluluskan oleh admin. Ini bertujuan menjaga agar hanya produk, gambar dan info yang sesuai dipaparkan di website.

✅ Sebagai kesimpulan, berikut adalah info yang diperlukan untuk mendaftar:

✅ Sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah sila hubungi kami: