Apa Itu NakJugak ?

NakJugak.com adalah suatu platform perniagaan online yang sebenarnya menjadi pembolehcara kepada sebuah inisiatif kemasyarakatan yang dipanggil UntukMu.

 

UntukMu adalah sebuah program bagi membantu mereka yang ingin menambah pendapatan, khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar tetapi menghadapi masalah ketidakcukupan dan ketidakstabilan pendapatan isi rumah. Sila tekan link UntukMu.net untuk maklumat lanjut.

 

Ini bermakna setiap pembelian yang dibuat di NakJugak adalah secara langsung menyumbang kepada mereka yang memerlukan di samping menyumbang kepada inisiatif-inisiatif pembangunan ummah yang dijalankan oleh Nak Jugak Resources (SSM No: 003094833-T), iaitu sebuah entiti di bawah Kumpulan Isnad Tadawi.